Omega 3

CARDIOVASCULAR SYSTEM VIDEO CLIP




CARDIOVASCULAR SYSTEM




Tahukah anda PENYAKIT KARDIOVASKULAR merupakan pembunuh No.1 di Malaysia dan Singapura? Statistik dan laporan yang tersiar dalam pelbagai media menunjukkan masalah kardiovaskular bukan sahaja menggugat masyarakat tempatan, malah ia turut merupakan masalah kesihatan sedunia.

Statistik Kementerian Kesihatan Malaysia dan Singapura menunjukkan masalah kardiovaskular merupakan pembunuh No.1 di negara ini (laporan siasatan Kementerian Kesihatan Malaysia 2003 dan Fakta Kesihatan Singapura Secara global, 1,000 juta orang dewasa menderita akibat penyakit kardiovaskular dan jumlah ini kian meningkat (The Star, 13 Mei 2006.

Kini lebih 3 juta warga Malaysia yang berusia 30 tahun ke atas mengalami masalah tekanan darah tinggi (Nanyang Siang Pau & China Press, 28 Januari 2006 2 juta rakyat Malaysia mengalami masalah paras kolesterol tinggi (Nanyang Siang Pau China Press, 28 Januari 2006. Setiap tahun, 12,000 hingga 14,000 orang pesakit dirawat di hospital kerana strok dan 20% daripadanya meninggal dunia (Nanyang Siang Pau China Press, 28 Januari 2006.

Data terkini menunjukkan purata 50,000 orang Malaysia diserang angin ahmar setiap tahun. Ringkasnya, 6 orang menjadi mangsa dalam 1 jam dan angkanya kian meningkat. Tekanan darah tinggi, paras kolesterol tinggi, kencing manis dan merokok menyumbang kepada peningkatan risiko penyakit kardiovaskular 2-3 kali ganda (Nanyang Siang Pau & China Press, 28 Januari 2006). Menurut Kementerian Kesihatan individu yang mempunyai bentuk badan seperti epal adalah di antara golongan yang berisiko mendapat serangan sakit jantung, diabetes, strok dan tekanan darah tinggi (Berita Harian, 30 September 2005

WHAT DOES IT MEAN BY CARDIOVASCULAR DISEASE

Demi operasi tubuh badan yang sempurna, pelbagai sistem tubuh terlibat dalam proses biokimia dan sistem-sistem ini saling melengkapi. Sistem kardiovaskular ialah sistem yang melibatkan jantung dan saluran darah dalam tubuh.

Penyakit kardiovaskular terdiri daripada 2 komponen:

Masalah yang berkaitan dengan jantung

Masalah yang berkaitan dengan saluran darah

Sesetangah orang dilahirkan dengan masalah penyakit kardiovaskular. Namun hakikatnya, kebanyakan masalah kardiovaskular dipengaruhi faktor masa dan gaya hidup yang tidak sihat. Sesetengah masalah kardivaskular pula berpunca daripada masalah kesihatan yang lain

FACTOR THAT CAUSES CARDIOVASCULAR DISEASE
Anda mungkin pernah terdengar pelbagai cara pencegahan penyakit kardiovaskular, tetapi adakah anda tahu apakah sebenarnya faktor-faktor yang mempengaruhi penyakit kardisvaskular

FAKTOR TIDAK BOLEH DIKAWAL

1. Jantina dan peningkatan usia

Risiko terhadap penyakit kardiovaskular bertambah dengan peningkatan usia. Lelaki berusia 45 tahun dan ke atas mempunyai risiko yang lebih tinggi. Wanita berusia 55 dan ke atas mempunyai risiko lebih tinggi. Risiko mula meningkat apabila wanita mengalami menopause

2. Sejarah Keluarga

Jika terdapat ahli keluarga atau saudara terdekat yang mengalami masalah kardiovaskular, risiko terhadap penyakit kardiovaskular adalah tinggi berbanding dengan orang biasa

FAKTOR BOLEH DIKAWAL

1. Aktiviti Fizikal
Orang yang mengamalkan gaya hidup pasif dan kurang bersenam mempunyai risiko lebih tinggi

2. Rokok
Perokok dan pendedahan kepada asap rokok meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular

3. Berat berlebihan atau obesity
Komposisi lemak tubuh yang berlebihan terutamanya pada bahagian pinggang membentuk risiko yang tinggi. Risiko tinggi bagi mereka dengan Body Mass Index (BMI) melebihi 25

4. Tekanan Darah
Mereka dengan tekanan darah 140/90mmHg atau lebih berisiko tinggi terhadap masalah kardiovaskular

5. Kolesterol darah Yang Tinggi
Kolesterol ialah komponen lemak yang lembut dan berlilin yang didapati dalam saluran darah dan sel-sel tubuh. Ia penting untuk membentuk membran sel, hormon dan fungsi tubuh yang lain

HDL - kolesterol baik yang melindungi jantung
LDL - kolesterol tidak baik yang membentuk plak bersama komponen lain.Golongan yang berisiko paras kolesterol > 5.2mmol/L, pesakit kencing manis dengan paras LDL 2.6mmol/L atau lebih, orang yang tiada faktorrisiko lain tetapi dengan paras LDL > 4.2mmol/L, paras HDL kurang daripada 1.05mmol/L dan paras trigliserida melebihi 3.9mmol/L

6. Kencing Manis
Pesakit kencing manis jenis I dan jenis II mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding dengan orang yang sihat

7. Tekanan
Orang yang menghadapi tekanan atau bertindak balas negatif terhadap tekanan mempunyai risiko masalah kardiovaskular yang lebih tinggi

Life Enzyme

TIADA ENZIM, TIADALAH KEHIDUPAN

APAKAH ENZIM?
Enzim ialah pemangkin yang bertanggungjawab terhadap tindakbalas biokimia benda hidup (termasuk haiwan, tumbuhan, mikroorganisma) seperti sintesis, penguraian, pengoksidaan, pemindaan dan isomerisasi. Tanpa enzim, kekurangan enzim atau kesmusnahan enzim, fenomena biotik akan berhenti, DNA akan mengalami perubahan mendadak, penyakit-penyakit ganjil akan timbul, metabolisme menjadi tidak normal dan sebagainya. Justeru itu, kita mengatakan bahawa "fenomena biotik ialah fenomena aktiviti enzim".

SEBAB-MUSABAH TUBUH BADAN MANUSIA KEHILANGAN ENZIM

Pencemaran udara, air, tanah, makanan, bunyi dan pencemaran-pencemaran lain telah membawa kerosakan yang semakin hari semakin serius kepada bumi ini. Turut terancam ialah kesihatan manusia yang kini terdedah kepada pelbagai penyakit yang lebih dahsyat dan menggerunkan. Selain daripada itu, faktor-faktor yang berikut juga adalah punca tubuh badan manusia kehilangan enzim:

  1. Peningkatan usia
  2. Diet dan gaya hidup yang tidak sihat
  3. Selsema dan demam
  4. Pengambilan makanan yang diproses atau dimasak dengan keterlaluan
  5. Emosi yang tidak stabil dan tekanan jangka panjang
  6. Suka pada makanan atau minuman bersifat teruja seperti arak
  7. Mengandung
  8. Bersenam melebihi batas
  9. Terlalu gemuk
  10. Cuaca yang buruk dan lain-lain lagi


















6 FUNGSI KESIHATAN LIFE ENZYME

MENGAWALATUR PERSEKITARAN DALAMAN TUBUH BADAN

Bertindak mengalkalikan darah ke paras rendah, menghapuskan buangan di dalam tubuh badan, memelihara keseimbangan bakteria dalam usus, menyihatkan sel-sel, mendorong pencernaan, meningkatkan daya ketahanan dan mengekalkan keseimbangan tubuh badan secara menyeluruh

ANTI-RADANG (ANTI KANSER)

Radang berlaku apabila sel-sel yang cedera dijangkiti bakteria. Enzim sendiri tidak dapat menyembuhkan radang tapi bertindak mengangkut dan meningkatkan fungsi sel-sel darah putih yang kemudian memberikan kuasa kepada sel-sel yang tercedera untuk sembuh

KUASA PENGURAIAN

Enzim menyingkirkan buangan metabolisme yang terkumpul di tempat bermasalah dan yang terkumpul di dalam darah untuk memulihkan fungsi asalnya. Ia juga membantu pencernaan dan penyerapan makanan

ANTI BAKTERIA

Enzim berkuasa membunuh bakteria di samping menggalakkan penghasilan sel-sel baru untuk menyembuhkan penyakit dari akar umbinya

MEMBERSIHKAN DARAH

Menyingkirkan buangan metabolisme di dalam darah, menguraikan virus yang menyebabkan radang, menguraikan kolesterol dalam darah berasid dan mengekalkan paras alkali yang rendah agar darah mengalir dengan lancar

3 CIRI KEUNGGULAN LIFE ENZYME

Keaktifan Yang Tinggi

Keaktifan ialah asas kekuatan enzim. Lumrahnya keaktifan enzim aka hilang pada suhu 50'C ke atas tetapi dalm kes Life Enzyme, keaktifannya bukan saja dikekalkan malah menjadi semakin aktif. Apabila suhu ditingkatkan kepada 80'C, keaktifannya adalah 3X lebih tinggi daripada suhu biasa. Keaktifannya mampu kekal mantap selama 10 tahun.

Kemantapan

Keaktifan enzim mudah dipengaruhi oleh kelembapan dan suhu yang tinggi. Namun demikian, Life Enzyme tidak memerlukan sirap dan sebarang bahan penstabil untuk memantapkan keaktifannya. Simpan di tempat yang kering dan nyaman, keaktifan mampu kekal mantap selama 10 tahun ke atas.

Keselamatan Pengambilan

Bersumberkan buah-buahan dan sayur-sayuran yang semulajadi, tanpa bahan pengawaet, agen antioksida, sakarin, pewarna, perisa dan tanpa enzim haiwan, juga tidak mengandungi logam berat, saki-baki racun rumpai, antibiotik, kuman patogenik dan sebarang ubat-ubatan. Life Enzyme ialah enzim tambahan yang murni dan bersih

BAHAN-BAHAN MENTAH LIFE ENZYME ADALAH SEPERTI JAGUNG, GANDUM, NENAS, KACANG PUTIH, BETIK, PISANG, RUMPAI LAUT, GERMA BERAS, TOMATO, LABU, BURDOCK DAN FORMOSANUS

GEJALA TINDAKBALAS (Tanda Pemulihan & Perkumuhan Toksin)

"Tindakbalas enzim" berlaku kerana enzim dapat menguatkan daya pemulihan semulajadi tubuh badan dan seterusnya bertindak ke atas sel-sel, organ atau darah yang bermasalah untuk menawarkan toksin dan seterusnya menyingkirkannya dari tubuh badan. Justerus itu, gejala tindakbalas adalah satu proses yang mesti dilalui sepanjang tempoh terapi enzim

Perlu disebut di sini bahawa bukan semua pesakit akan mengalami gejala tindakbalas dan ini tidak bermakna bahawa pesakit-pesakit terbabit tidak akan sembuh. Sesungguhnya, tindakbalas itu baik untuk penyakit dan merupakan satu fenomena sementara. Ia bukan kesan sampingan dan ia bukan bermakna penyakit telah bertambah teruk

EMPAT PERINGKAT TINDAKBALAS

1. Peringkat Penyelarasan Nutrien

Tindakbalas peringkat awal: Pembekalan nutrien yang seimbang dan penyelarasan fungsi melancar dan memulihkan metabolisme. Justeru itu, seseorang akan terasa cergas, bertenaga, segar dan kulitnya pula kelihatan berseri-seri. Sesetengah orang pula berasa teransang hinggakan tidak dapat tidur untuk beberapa hari namun tidak berasa letih sekalipun kurang tidur.

2. Peringkat Penyingkiran Toksin Metabolisme

Seseorang akan membuang air besar dengan kerap, najis berwarna hijau, air kencing menjadi pekat warnanya, kulit terasa gatal, sembelit, kembung, sendawa dan sebagainya semasa tubuh badan menyingkirkan buangan berasid metabolisme dan toksin agar resam tubuh badan bertukar dari pH berasid kepada pH beralkali. Bagi wanita yang haidnya tidak normal, pengaliran haid akan menjadi lebih banyak dan tempoh lebih panjang. Sesetengah wanita mengalami gejala-gejala tindakbalas seperti tidak datang haid buat sementara waktu, rasa panas, kulit berasa gatal-gatal dan bibir bagaikan diserang ulser, wajah ditumbuhi jerawat atau papul berbintik-bintik merah (penyingkiran toksin menerusi kulit), tahi mata atau kelemumur banyak, mengalami demam sementara dan sebagainya.

3. Peringkat Kelancaran Darah Dan Tenaga & Senggal-Senggal Badan

Di kala terapi akan menyaksikan kesannya melancarkan pembuluh-pembuluh darah yang bermasalah atau tersumbat, bahagian-bahagian yang bermasalah ini akan terasa sakit. Mereka yang sebelum ini sudah mengalami sakit di sana sini akan menanggung kesakitan yang lebih teruk hinggakan dadah analgesik juga mungkin tidak dapat melegakan kesakitan tersebut. Kesakitan ini akan berlanjutan hingga beberapa hari sebelum hilang seluruhnya secara semulajadi.

4. Peringkat Pertumbuhan Semual Sel, Letih, Mengantuk

Kita mengambil enzim kompleks aktif untuk memastikan sel-sel tubuh badan kita yang sudah mati dapat tumbuh semula, sekaligus menyembuhkan mana-mana bahagian tisu fungsi yang sudah rosak dengan kuasa penyembuhan semulajadi tubuh badan sendiri. Sebab itu, seseorang akan berasa letih dan mengantuk

TEMPOH TINDAKBALAS

1. Lumrahnya, tindakbalas akan berlangsung antara 1-2 minggu. Dalam kes metabolisme luar biasa, tindakbalas yang dialami mungkn berlanjutan hingga kira-kira sebulan sebelum kesakitan yang dialami berhenti sepenuhnya.

2. Tempoh kemunculan tindakbalas yang dialami oleh kaum wanita adalah lebih panjang berbanding kaum lelaki

3. Tempoh tindakbalas yang dialami oleh kaum wanita berkahwin adalah lebih panjang berbanding dengan kaum wanita belum berkahwin

4. Budak di bawah 12 tahun tidak akan mengalami tindakbalas

CARA MENGATASI TINDAKBALAS

1. Dapat ditanggung :- Sukatan ditambah secara beransur-ansur, mengambil 2 paket pada pagi, tengahari, malam dan sebelum masuk tidur agar gejala tindakbalas cepat berlalu

2. Tidak dapat ditanggung :- Sukatan dikurangkan secara beransur-ansur agar tindakbalas penyembuhan yang kurang selesa reda sedikit demi sedikit

3. Langkah-langkah elak ketakutan :- Bermula dengan sukatan yang kecil (misalnya 1 paket pada pagi dan 1 paket pada waktu malam) untuk meminimumkan tindakbalas. Kemudian tambahkan sukatan secara beransur-ansur apabila sudah dapat menyesuaikan diri. Cara pengambilan ini sudah tentu akan menggandakan tempoh masa yang diperlukan untuk mencapai penyembuhan menyeluruh tetapi ia adalah satu-satunya cara untuk menanggung tindakbalas. Cara ini amat sesuai diamalkan oleh mereka yang menghadapi tekanan darah rendah, tekanan darah tinggi, sakit jantung, mereka yang pernah menjalani pembedahan jantung, gout dan orang tua yang uzur.

4. Memperbanyakkan pengambilan air :- Minum air yang banyak ketika tubuh badan menyingkirkan toksin, 2000-3000cc sehari untuk merancakkan metabolisme dan mengurangkan tindakbalas

5. Tenangkan diri :- Tindakbalas adalah satu peringkat yang mesti dilalui sebelum tubuh badan kembali sihat dan cergas. Hadapi tempoh pemulihan ini dengan perasaan tenang demi kesihatan yang sejati

  • SIAPAKAH YANG PERLU MENGAMBIL ENZIM?

    Individu yang ingin memperbaiki resam tubuh badannya; memulihkan dan menyihatkan tubuh badan
  • Individu yang lemah daya ketahanan; mudah dijangkiti penyakit
  • Individu berpenyakit kronik (Penyakit kronik ialah penyakit yang menyerang seseorang secara berterusan selam beberapa minggu, beberapa bulan malah bertahun-tahun. Penyakit ini menghabiskan enzim, vitamin dan nutrien-nutrien dalam tubuh badan dengan banyak sekali. Justeru itu, ia adalah satu beban besar tubuh badan)
  • Kanak-kanak yang sedang membesar
  • Pesakit, sebelum dan selepas pembedahan
  • Wanita, sebelum dan selepas bersalin
  • Individu yang mudah letih kerana kepincangan fungsi hepar (hati)
  • Individu yang mengalami masalah saraf dan kepincangan daya seks
  • Individu yang menghadapi masalah gastrousus kongenital (pembawaan)
  • Individu yang lemah stamina dan sering rasa mengantuk
  • Individu yang memerah otak dan tenaga, misalnya pekerja pejabat dan atlet
  • Individu yang mengalami proses penuaan sebelum tiba masanya dan lemah resam tubuh badan
  • Individu 'setengah sihat' yang menderita pelbagai penyakit (tubuh badan 'setengah sihat' merujuk kepada tubuh badan yang 'normal' menurut diagnosis doktor, tapi individu selalu terasa 'tidak selesa, tidak lena, selalu berasa sakit di bahagian bahu, lemah anggota, sering mengantuk, letih, hilang selera makan, resah dan sebagainya)