Omega 3

CARDIOVASCULAR SYSTEM VIDEO CLIP




CARDIOVASCULAR SYSTEM




Tahukah anda PENYAKIT KARDIOVASKULAR merupakan pembunuh No.1 di Malaysia dan Singapura? Statistik dan laporan yang tersiar dalam pelbagai media menunjukkan masalah kardiovaskular bukan sahaja menggugat masyarakat tempatan, malah ia turut merupakan masalah kesihatan sedunia.

Statistik Kementerian Kesihatan Malaysia dan Singapura menunjukkan masalah kardiovaskular merupakan pembunuh No.1 di negara ini (laporan siasatan Kementerian Kesihatan Malaysia 2003 dan Fakta Kesihatan Singapura Secara global, 1,000 juta orang dewasa menderita akibat penyakit kardiovaskular dan jumlah ini kian meningkat (The Star, 13 Mei 2006.

Kini lebih 3 juta warga Malaysia yang berusia 30 tahun ke atas mengalami masalah tekanan darah tinggi (Nanyang Siang Pau & China Press, 28 Januari 2006 2 juta rakyat Malaysia mengalami masalah paras kolesterol tinggi (Nanyang Siang Pau China Press, 28 Januari 2006. Setiap tahun, 12,000 hingga 14,000 orang pesakit dirawat di hospital kerana strok dan 20% daripadanya meninggal dunia (Nanyang Siang Pau China Press, 28 Januari 2006.

Data terkini menunjukkan purata 50,000 orang Malaysia diserang angin ahmar setiap tahun. Ringkasnya, 6 orang menjadi mangsa dalam 1 jam dan angkanya kian meningkat. Tekanan darah tinggi, paras kolesterol tinggi, kencing manis dan merokok menyumbang kepada peningkatan risiko penyakit kardiovaskular 2-3 kali ganda (Nanyang Siang Pau & China Press, 28 Januari 2006). Menurut Kementerian Kesihatan individu yang mempunyai bentuk badan seperti epal adalah di antara golongan yang berisiko mendapat serangan sakit jantung, diabetes, strok dan tekanan darah tinggi (Berita Harian, 30 September 2005

WHAT DOES IT MEAN BY CARDIOVASCULAR DISEASE

Demi operasi tubuh badan yang sempurna, pelbagai sistem tubuh terlibat dalam proses biokimia dan sistem-sistem ini saling melengkapi. Sistem kardiovaskular ialah sistem yang melibatkan jantung dan saluran darah dalam tubuh.

Penyakit kardiovaskular terdiri daripada 2 komponen:

Masalah yang berkaitan dengan jantung

Masalah yang berkaitan dengan saluran darah

Sesetangah orang dilahirkan dengan masalah penyakit kardiovaskular. Namun hakikatnya, kebanyakan masalah kardiovaskular dipengaruhi faktor masa dan gaya hidup yang tidak sihat. Sesetengah masalah kardivaskular pula berpunca daripada masalah kesihatan yang lain

FACTOR THAT CAUSES CARDIOVASCULAR DISEASE
Anda mungkin pernah terdengar pelbagai cara pencegahan penyakit kardiovaskular, tetapi adakah anda tahu apakah sebenarnya faktor-faktor yang mempengaruhi penyakit kardisvaskular

FAKTOR TIDAK BOLEH DIKAWAL

1. Jantina dan peningkatan usia

Risiko terhadap penyakit kardiovaskular bertambah dengan peningkatan usia. Lelaki berusia 45 tahun dan ke atas mempunyai risiko yang lebih tinggi. Wanita berusia 55 dan ke atas mempunyai risiko lebih tinggi. Risiko mula meningkat apabila wanita mengalami menopause

2. Sejarah Keluarga

Jika terdapat ahli keluarga atau saudara terdekat yang mengalami masalah kardiovaskular, risiko terhadap penyakit kardiovaskular adalah tinggi berbanding dengan orang biasa

FAKTOR BOLEH DIKAWAL

1. Aktiviti Fizikal
Orang yang mengamalkan gaya hidup pasif dan kurang bersenam mempunyai risiko lebih tinggi

2. Rokok
Perokok dan pendedahan kepada asap rokok meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular

3. Berat berlebihan atau obesity
Komposisi lemak tubuh yang berlebihan terutamanya pada bahagian pinggang membentuk risiko yang tinggi. Risiko tinggi bagi mereka dengan Body Mass Index (BMI) melebihi 25

4. Tekanan Darah
Mereka dengan tekanan darah 140/90mmHg atau lebih berisiko tinggi terhadap masalah kardiovaskular

5. Kolesterol darah Yang Tinggi
Kolesterol ialah komponen lemak yang lembut dan berlilin yang didapati dalam saluran darah dan sel-sel tubuh. Ia penting untuk membentuk membran sel, hormon dan fungsi tubuh yang lain

HDL - kolesterol baik yang melindungi jantung
LDL - kolesterol tidak baik yang membentuk plak bersama komponen lain.Golongan yang berisiko paras kolesterol > 5.2mmol/L, pesakit kencing manis dengan paras LDL 2.6mmol/L atau lebih, orang yang tiada faktorrisiko lain tetapi dengan paras LDL > 4.2mmol/L, paras HDL kurang daripada 1.05mmol/L dan paras trigliserida melebihi 3.9mmol/L

6. Kencing Manis
Pesakit kencing manis jenis I dan jenis II mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding dengan orang yang sihat

7. Tekanan
Orang yang menghadapi tekanan atau bertindak balas negatif terhadap tekanan mempunyai risiko masalah kardiovaskular yang lebih tinggi